Ahad, 12 Julai 2009

AL-KISAH JURUMUDI INGIN JADI BENDAHARA

Cerita bermula pada akhir dekad 1990-an, kisah seorang Jurumudi bernama Anwar ingin menjadi nakhoda menerajui bahtera UMNO nama diberi. Dalam usaha ingin mengapai impian beliau cuba mengkhianati nakhoda, Tun Mahathir namanya , agenda utama singkirkan nakhoda agar beliau penuh berkuasa. Sesungguhnya tuhan itu maha mengetahui, di berinya akal yang bijaksana kepada nakhoda, langkah sumbang Jurumudi berjaya dihidu oleh nakhoda. Jurumudi di bicara dimahkamah negara. Bukti dan fakta tak boleh dibohongi , bersalahlah Jurumudi akhirnya dijatuhi hukuman penjara.
Tahun berganti tahun , Nakhoda tua akhirnya turun menjadi rakyat jelata, melangkah dengan tawaduk dan merendah diri. Di ganti oleh Nakhoda yang baru Abdullah namanya, orangnya berhati lembut dan tinggi imannya. Simpati melihat mantan Jurumudi merengkok di penjara. Bendahara merafak sembah menghadap Raja, mohon agar mantan Jurumudi dibebaskan segera dengan harapan dan impian agar mantan Jurumudi beroleh sudah keinsafan diri dan bertaubat kiranya.
Harapan hanya tinggal harapan, ibarat melepaskan anjing tersepit, di kekahnya pula kaki Nakhoda. Mantan Jurumudi rupa-rupanya jenis manusia yang tidak mengenang budi. Di atas baik dan budinya Nakhoda , si mantan Jurumudi meneguk di air yang keruh......mengambil kesempatan diatas kebaikan orang lain. Bebas jalan melata di bumi indah ini si Mantan Jurumudi meneruskan agenda yang terbantut sekian lama............beliau ingin berkuasa...... ingin menjadi Nakhoda.
Mantan Jurumudi mengatur langkah perjuangan, membina bahtera yang digelar Bahtera Keadilan Rakyat. Kini beliau menjadi Nakhoda diatas bahteranya sendiri. Rakyat dibohongi dan di kaburi mengatakan diri beliau telah dianiaya kerana ketelusan diri. Segala ilmu perperangan dicurah oleh Si Mantan Jurumudi untuk melemahkan bahtera UMNO yang selama ini berjuang untuk tanahair tercinta. Rakyat jelata yang selama ini bersatu-padu dibawah panji-panji Bahtera UMNO perlu di pecah dan ditakluki. Itulah agenda mantan Si Jurumudi. Segala dusta dan fitnah ditaburi agar rakyat berpecah belah supaya mudah mencapai hasrat dihati dari nakhoda Bahtera Keadilan Rakyat menjadi Bendahara Negeri.
Sanggup menindas kaum sendiri ,Melayu nama diberi, berjanji dan bersetia dengan kaum lain untuk mendapatkan bekalan dan senjata bagi memerangi Bahtera yang memperjuangkan kaum sendiri. Berjanji menghapuskan hak istemewa kaum sendiri agar membuka laluan untuk kaum lain mengaut hasil bumi ini padahal beliau tahu di hati bahawa cita-cita kaum sendiri tak tercapai lagi . Si Nakhoda Bahtera Keadilan Rakyat tidak akan berhenti selagi cita-cita dan dendam dihati tidak dilunasi.
Sedarlah kaumku ,Melayu nama diberi........bersatu-padulah dibawah satu panji-panji UMNO digelari. 50 tahun telah berjuang tanpa rasa lelah dan jemu menunjukan jalan dan memimpin kaum Melayu keluar dari rumah berdinding buluh dan beratap daun rumbia menuju masuk ke rumah berdinding batu dan beratap genting.....dari berkereta lembu ke Proton Perdana.......dari berangan-angan Mat Jenin ke angkasa.